Wednesday, 28 November 2012

Kembali Ke Dunia Siber


 Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.


Aku kini kembali ke dunia siber. Setelah bertugas di Kuching, Sarawak hampir 4 tahun dan sepanjang di sana, aku jarang dapat update citer-citer terbaru memandangkan beban tugas yang banyak. Secara tidak langsung ia membataskan minatku untuk mencoret apa sahaja perkara yang terlintas di minda ini.

Apapun, kini aku berada di Putrajaya dan ditempatkan di jabatan lain. Ini tidak bermaksud bebanan kerja semakin berkurangan. Banyak perkara baru yang perlu aku pelajari kerana tanggungjawab di jabatan baru amat berbeza dengan apa yang aku lakukan di bumi Sarawak. 

Aku akan terus menulis, mencoret dan meluahkan apa sahaja perkara yang aku inginkan. Setiap apa yang aku coretkan adalah menjadi tanggungjawab aku sebagai penulis blog ini. Aku berharap sesiapa yang membaca coretan dan catitan aku akan terhibur dan mungkin dapat menghilangkan stress masing-masing dalam menjalani kehidupan yang semakin mencabar. Aku juga akan bersikap terbuka terhadap setiap komen yang dilemparkan walaupun ia berbaur negatif kerana setiap orang ada pendapat serta hak untuk bercakap dan itulah yang perlu dihormati.

Selamat membaca.


Program terakhir di Sarawak sebelum posting ke Putrajaya